<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d11247479\x26blogName\x3d::masterpyan\x27s+hangout::\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://masterpyan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://masterpyan.blogspot.com/\x26vt\x3d-5523562024524597280', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
Image hosted by Photobucket.com

Tuesday, August 30, 2005

Chelsea Pilih Malaysia

Juara Liga Perdana England 2004/05, Chelsea telah memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan rasmi untuk kelab tersebut sepanjang musim 2005/2006.

Pemilihan Malaysia itu diumumkan Menteri Pelancongan, Datuk Dr. Leo Michael Toyad dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media, semalam.

Di bawah kerjasama itu katanya, Tourism Malaysia diberi hak menggunakan logonya untuk diiklankan di stadium rasmi, Stamford Bridge serta media cetak dan elektronik milik kelab itu sepanjang musim ini.

``Logo Malaysia Truly Asia juga akan menjadi salah satu latar belakang bilik sidang akhbar Chelsea sebelum dan selepas perlawanan. Kerjasama ini berkuatkuasa pada 21 Ogos lalu bermula dengan perlawanan antara Chelsea dan Arsenal,'' kata Michael Toyad.

Buat masa ini, Chelsea telah berjaya membina reputasinya sebagai sebuah kelab bola sepak paling berpengaruh di dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Malah sejak dua tahun lalu, jumlah penyokong kelab itu di England meningkat 300 peratus kepada 2.9 juta orang manakala di seluruh dunia menghampiri 20 juta orang, termasuk ler aku salah seorang penyokong kipas-susah-mati Chelsea.. hehe..

Sunday, August 28, 2005

Azrinaz's Profile



Name: Azrinaz Mazhar Hakim

Age: 26

Fondly name as "Naz". Began work as a broadcast journalist with TV3 in 1997, after completing her diploma in broadcasting from the Malaysia Institute of Integrative Media (MIIM) or also known as Akademi TV3. Won TV3's Most Promising Journalist Award in 2000 and the MIIM Alumni Award in 2002. She quit TV3 in May saying that she wanted to “venture into other undertakings”.

Chelsea meet Liverpool again..



UEFA Champions League Group G:

Chelsea
Liverpool
Real Betis
Anderlecht

Tuesday, August 23, 2005

Kardinal Katolik Cadangkan Tanda Amaran

Apakah kerajaan Malaysia akan meletakkan tanda amaran "Kondom Bukan Penyelamat Daripada AIDS" pada paket kondom, sepertimana tanda amaran "Merokok Merbahaya Pada Kesihatan"?

Seorang kardinal (paderi) Roman Katolik di Vatican City telah mencadangkan agar diletak tanda amaran seperti yang terdapat pada kotak rokok.

Cadangan ini diutarakan oleh Kardinal Alfonso Lopez Trujillo apabila ditemubual dalam rancangan televisyen BBC yang menyatakan bahawa kondom tidak dapat menjamin seseorang itu selamat daripada dijangkiti HIV/AIDS.

Formula menggunakan kondom katanya bukanlah formula ‘seks selamat’ yang boleh menghalang HIV. Orang ramai terutamanya muda mudi sepatutnya tidak dipengaruhi bahwa pemakaian kondom adalah penyelamat daripada HIV/AIDS.

"Dalam kes virus HIV, yang saiznya 450 kali lebih kecil dari sel sprema yang terdapat dalam air mani, sudah pasti kondom tidak dapat memberi perlindungan."

Beberapa kajian menunjukkan bahawa kegagalan kondom mencapai angka antara 15% ke 20%.

Sumber:

http://www.aegis.com/news/afp/2003/AF031038.html

*org kafir pun sedar kondom bukannya penyelamat dari HIV/AIDS.. yang kita di Malaysia duk beriya-iya nak bagi kondom free...lagi menggalakkan maksiat adalah..

Monday, August 15, 2005

Asus Handphone



Asus, brand motherboard & VGA Card yg terkenal, dah pun mengeluarkan produk handphonenya sendiri.. Asus V55 ni adalah antara model handphone pertama dari Asus..telah pun berada di pasaran Malaysia.. Boleh didapati dlm lingkungan RM500..kekurangannya mungkin dari segi connectivity kerana tiada fungsi bluetooth atau infra-red.. Handphone ni boleh disambungkan terus ke PC melalui USB port.

Spefikasi:

Model : Asus V55
Dimensions(mm): 92 x 44 x 18
Weight(g) : 85
Ringtones : Polyphonic, 40 chords
MP3 : No
Bluetooth : No
Infra Red : No
USB Port : Yes
Camera : 0.3 Megapixel

Sunday, August 14, 2005

Petua Hilangkan Jerawat

1. Elakkan memakai apa2 bahan chemical (contohnya pencuci muka, krim2 dll).
2. Basuh muka 40 kali setiap hari.
3. Ambil timun segar. Gunakan mixer untuk menghancurkan isinya. Sapukan ke muka selama 5-10 minit. Amalkan setiap malam.
4. Don't fight the acne! Jangan hiraukan kewujudan jerawat anda. Jgn cuba 'ganggu' dgn memegang atau memicit2 kawasan wajah anda.

Insya-Allah dlm masa beberapa bulan jerawat akan hilang.

*Nota: Ini petua dari seorang ustaz Arab, doktor specialist dlm bidang kulit.

Selamat Mencuba!

Saturday, August 13, 2005

MP3 Download

Baru2 ni ader org request MP3.. lagu Nirmala.. & Adam.. sorry lh lambat reply.. happy mendownload!

MP3 Melayu

Siti Nurhaliza - Nirmala (left click)
Adam - Tak Tahu (left click)

MP3 Hit Arab

Mahmood El Aassal - Tabat We Nabat (left click)

Thursday, August 11, 2005

Jenis2 Senyuman

Banyak bentuk senyuman yang boleh kita berikan pada rakan2 kita...
Tapi awas tidak semua senyuman kita boleh berikan pada mereka...

SENYUMAN KEGEMBIRAAN
hmm...time ni mesti tengah-tengah masuk gaji..
ataupun time lulus peksa..
time nilah kita hAPPy sangAt..
so berikan senyuman yang paling manis pada rakan anda.







SENYUMAN KESIPUAN
senyuman ni kita berikan biasanya nak cover line or dapat pujian dari rakan..
so paparkan lah senyum tersebut...
jangan over sudah.....







SENYUMAN MENGEJEK
senyuman ini perlu anda berikan pada musuh2 anda...
bagi untuk menambahkan lagi tension mereka pada anda..

Wednesday, August 10, 2005

Al-Fatihah buat Ahmad Deedat



Umat Islam sedunia telah kehilangan sebutir permata apabila pendakwah terkenal, Sheikh Ahmed Hoseen Deedat, 87, meninggal dunia setelah sekian lama terlantar diserang sakit angin ahmar serius, kelmarin. Moga roh Allahyarham ditempatkan Allah SWT bersama-sama dengan para aulia' dan syuhada'.

Monday, August 08, 2005

Doa tidak termakbul disimpan untuk akhirat

BERDOA adalah suatu ibadat. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadat ketika berdoa kepada Tuhannya. Sama ada sesuatu doa dimakbul atau tidak, pahalanya sentiasa ada di sisi Allah.

Justeru, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Doa adalah ibadat.” Setiap doa pula dimakbulkan dari tiga segi, iaitu:

• Doa yang dimakbulkan segera di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap orang yang berdoa. Ramai di kalangan insan yang memperoleh kurniaan hasil kesungguhan mereka berdoa.

Kadangkala dengan begitu pantas dan kadangkala lewat disebabkan hikmah yang hanya Allah SWT Maha Mengetahui.

Tidak mustahil Allah SWT menerima doa seseorang yang sama sekali dianggap mustahil oleh manusia.

• Doa yang tidak dimakbulkan di dunia, tetapi disimpan untuk balasan kebaikan di akhirat di atas hikmah yang hanya dikehendaki Allah SWT.

Jika ia berlaku, hendaklah difahami bahawa ia adalah pilihan terbaik daripada Allah SWT untuk hamba-Nya. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara.

Allah SWT tidak memakbulkan sesuatu doa secara mutlak di dunia kerana Allah SWT Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam, baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang dimohon. Akal manusia kadangkala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu.

• Doa diganti dengan keselamatan diri daripada keburukan yang akan menimpa. Insan terselamat daripada betapa banyak keburukan bukan kerana kehebatannya atau kebijaksanaannya tetapi kerana rahmat Allah SWT yang barangkali berpunca daripada pelbagai doa kepada Allah SWT.

Sesungguhnya, setiap Muslim wajar berdoa kepada-Nya dan jangan berputus asas untuk mendapatkan rahmatnya, selagi ia untuk kebaikan diri kita dan sesama insan serta meminta perlindungan daripada-Nya.

Wallahua’lam

Chelsea 2 - Arsenal 1



1 dah dapat.. tinggal lagi 4 piala.. huhu

Sunday, August 07, 2005

EPL



Liga Perdana Inggeris bakal bermula x lama lagi.. 13hb Ogos ni..

Apa kata korang masuk Fantasy Premier League..mcm game football manager..pilih pemain..markah berdasarkan result sebenar.. kalau berani boleh register di http://fantasy.premierleague.com/. Lepas dah siap register boleh masukkan kod ni (88896-41738) dlm bhg 'Manage Leagues'.

Friday, August 05, 2005

Afwan..

maaf ler bebanyak..buat sumer pengunjung blog & member2.. jrg berupdate.. baru jer abis kursus sains politik di Cairo University..3 minggu.. sebelum tu lak gi jenjalan ke Matruh & Siwa.. skrg ni baru la ader masa sket nak sentuh pc.. la ni tgh tunggu natijah lak.. debar giler.

bawah ni gambar dlm klas..time kursus.. pepandai ler cari gmbr aku dlm tu..hehe..


*gambar pun blur..bebudak pompuan ni yg pegang kamera ni tgn menggigil jer