<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d11247479\x26blogName\x3d::masterpyan\x27s+hangout::\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://masterpyan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://masterpyan.blogspot.com/\x26vt\x3d-5523562024524597280', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Image hosted by Photobucket.com

Saturday, June 18, 2005

Website Torrent Malaya


Oleh kerana ramai yg bertanyakan pasal benda ni.. aku promote ler lagi sekali website Torrent Malaya ni.. Kat sini mcm2 boleh download.. cerekarama, konsert mingguan AF3, ceramah, filem melayu lama2, video klip, iklan tv, mp3 dll..

Alamatnya - http://www.torrentmalaya.com

Manakala untuk panduan asas cara-cara mendownload, boleh klik di link bawah ni:

http://www.torrentmalaya.com/forum/index.php?topic=89.0

Sunday, June 12, 2005


Saper dah tengok citer ni? Kisah mengenai Perang Salib dan juga Sallahuddin Al-Ayyubi..dengarnya filem ni lebih memihak kepada Islam.. erm..tapi mungkin jugak ader propaganda di sebaliknya.. mungkin strategi berbaik-baik dgn Muslim.. (baik ada makna!) dan lain2..

Tempat Untuk Syaitan

Riwayat dari Anas bin Malik r.a. :

"Iblis telah bertanya pada Allah: katanya, wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku."

Firman Allah:

"Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas."

Iblis bertanya lagi:

"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?"

Firman Allah:

"Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat."

Iblis bertanya:

"Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?"

Firman Allah:

"Bacaan untukmu ialah syair/lagu dan sajak yang melalaikan."

Iblis bertanya:

"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?"

Firman Allah:

"Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta."

Iblis bertanya:

"Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?"

Firman Allah:

"Azan untukmu ialah seruling."

Iblis bertanya:

"Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?"

Firman Allah:

"Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku."

Iblis Bertanya:

"Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?"

Firman Allah: "Tulisanmu ialah tatu, solekan serta lukisan di badan."

Iblis bertanya:

"Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?"

Firman Allah:

"Perangkap bagimu ialah wanita."

Iblis bertanya:

"Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?"

Firman Allah:

"Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya."

Saturday, June 04, 2005


viva el liverpool..