<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d11247479\x26blogName\x3d::masterpyan\x27s+hangout::\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://masterpyan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://masterpyan.blogspot.com/\x26vt\x3d-5523562024524597280', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
Image hosted by Photobucket.com

Tuesday, September 20, 2005

Differences in perfume



Korang pakai minyak wangi? Kalau korang tengok pada botol dia ada tertulis 'Eau de parfum', 'Eau de toilette' dan sebagainya... Maybe ramai yg belum tahu perbezaan dia..

* 'Perfume', juga dipanggil ekstrak atau 'extrait perfume', mengandungi 15-40% pati. Ia merupakan perfume yg paling asli dan oleh itu harganya adalah yg paling mahal.

* 'Eau de parfum', mengandungi 7-15% pati. Ini merupakan jenis yang paling popular dan banyak digunakan. Baunya tahan lama dan kebiasaannya murah sedikit daripada 'extrait perfume'.

* 'Eau de toilette', mengandungi 1-6% pati. Baunya lebih 'light' dan kurang tahan lama berbanding 'Eau de parfum'. Pada asalnya ia direka sebagai 'body splash' untuk menyegarkan bau tubuh badan di waktu pagi.

* 'Eau de cologne', adalah sama seperti 'Eau de toilette'. Cuma pada asalnya 'Eau de cologne' adalah ramuan campuran wangian segar dengan minyak citrus, yang dipopularkan oleh Napoleon.

* 'After shave', mengandungi pati yg paling sedikit berbanding dengan yg lain.

Monday, September 19, 2005

Countdown

Sori lh to all visitors..lama x berupdate..bz sket wat persiapan nk balik M'sia.. ada yg tertanya countdown yg kat atas tu..tu countdown nak balik M'sia..ada lh dlm 16 hari lagi..huhu.. tiket pun dah beli dah.. ma'as salamah Misr...

Thursday, September 08, 2005

Adab Di Dalam Masjid

Sebelum duduk tunaikan solat sunat tahiyatul masjid.

Jangan sembahyang di tempat yang boleh mengganggu orang ramai daripada
memasuki masjid seperti di muka pintu.

Jangan menggunakan masjid sebagai jalan pintas untuk menuju ke suatu
tempat.

Jangan menyimpan atau membawa sesuatu yang berbau busuk masuk ke dalam masjid.

Jika merokok atau memakan petai janganlah terus masuk ke masjid, seelok-eloknya cuci mulut dahulu dan menukar pakaian yg bersih kerana ini akan mengganggu keselesaan orang lain disebabkan oleh bau busuk si perokok.

Jangan mengambil atau membawa pulang barang kepunyaan masjid untuk kegunaan sendiri kerana segala peralatan masjid diwakaf dan ia untuk kegunaan awam.

Monday, September 05, 2005

Video Budak Kena Rasuk

Klip video pendek menunjukkan seorang pelajar perempuan di Brunei yang dirasuk.. Klik link bawah untuk download.

http://rapidshare.de/files/4595288/hantu1_0001.wmv.html

Thursday, September 01, 2005

Emosi dan kesannya

Maklumat berikut diperolehi dari Prof. Dr. Sir Mugeni Samerin salah seorang ahli lembaga pengarah Sureco yang merupakan pakar perubatan rawatan alternatif.

Kajian ini adalah hasil pemerhatian dari berbagai-bagai sumber. Emosi dan perlakuan rupa-rupanya mendatangkan kesan-kesan tertentu kepada tubuh kita.

1. Kondem Orang - Pengerasan arteri(salur darah) dan sakit tekak
2. Menganiaya - Sakit belakang
3. Menyindir - Bongkok
4. Menahan marah, memendam rasa - Sakit semua bahagian belakang
5. Menanggung masalah sendiri/orang lain - Lenguh bahagian belakang
6. Menyimpan rahsia pahit, tidak memaafkan – Kanser
7. Menyimpan sesuatu - Sembelit
8. Menyampah kepada seseorang - Batuk
9. Kerakusan kasih - Jantung dan paru-paru
10. Minda yang tiada tolak ansur - Sakit sendi
11. Memendam rasa - Sakit pinggang
12. Kekesalan - Hati (liver)
13. Ketegangan emosi - Tengkuk tegang
14. Sedih, terkejut, ketakutan, kegembiraan - Pankreas
15. Komplen - Organ seks
16. Menyimpan dendam - Gastrik

Sebagai manusia kita tak dapat lari dari mengalami satu atau semua keadaan emosi di atas. Kenali sifat-sifat tidak baik yang ada pada diri kita dan berusahalah untuk memperbaikinya dan menggantikannya dengan sifat-sifat yang terpuji.